TERKINI : Kes Positif Turun Mendadak, Kes Kematian Kekal 105 – Dr. Noor Hisham

Selepas dua hari berturut-turut jumlah kes baharu positif Covid-19 mencecah angka tiga digit, namun, hari ini jumlah kes baharu wabak itu turun mendadak dengan hanya 55 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh daripada kes baharu yang dilaporkan merupakan kes import.

Bagaimanapun, tiada kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 105 kes.