TERKINI : Sangat-Sangat Digalakkan Pakai ‘MASK’ Untuk Elak Jangkitan Covid19 – Dr. Noor Hisham

Orang ramai digalakkkan agar sentiasa memakai penutup hidung ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.

Nasihat itu diberikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memberitahu, meskipun ia bukanlah satu syarat wajib untuk orang ramai memakainya, namun ia adalah sesuatu yang digalakkan.

“Memakai mask adalah digalakkan, ia bukan kewajipan tapi ia sangat digalakkan teruatamanya kalau kita berada di kawasan awam dan ramai orang.

“Kita menggalakkan mereka memakai “mask” tapi ia bukan satu syarat,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast