KUALA LUMPUR – Tan Sri Rais Yatim menyifatkan Datuk Seri Mohamad Hasan seolah-olah tidak senang dengan kerajaan campuran membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas.
Ia susulan kenyataan Timbalan Presiden UMNO baru-baru ini yang menekankan bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak berdaftar dan bukan satu ikatan formal yang kekal menunjukkan Mohamad tidak senang dengan kerajaan campuran itu.
Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan itu berkata, jika ini benar, ia adalah tidak baik untuk orang Melayu ketika dalam keadaan mencabar sekarang.
Rais berkata, kenyataan tersebut tidak termasuk lagi ‘bedilan’ mulut antara pemimpin tertinggi UMNO lain yang cuba memperkecilkan perjuangan politik Melayu dalam kerajaan semasa.
Malah, katanya, situasi semasa menampakkan kerajaan sedia ada dipandang rendah oleh pemimpin-pemimpin, langsung tidak nampak nilai tinggi perpaduan Melayu-Bumiputera dalam ketiga-tiga parti utama kerajaan itu.
”Adakah komen-komen Timbalan Presiden UMNO, Ketua Bahagian UMNO Pulai dan Pasir Salak itu dibuat lantaran tak setuju selepas pelantikan Kabinet PN atau memang pendirian mereka sebelumnya?
”Didapati cakap mereka itu adalah cakap selepas pembentukan Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mungkin juga pihak yang punya badan tak dilantik sebagai menteri atau orang penting dalam kerajaan sekarang?
”Komen-komen Timbalan Presiden UMNO dan rakan-rakannya itu menampakkan rasa tak puas hati dengan Kerajaan Perikatan Nasional lantas dengan pimpinan yang ada dalam kerajaan kini.
”Semacam persefahaman Bersatu Pas dan UMNO itu tak ada nilai tinggi dalam susuk badan siasah kebangsaan. Ini bahaya untuk orang Melayu dan Bumi sebab perpaduan Melayu-Bumi adalah teras kuasa politik Malaysia.
”Kemeroyanan mereka itu semacam melupai realiti bahawa UMNO, Bersatu dan Pas memerlukan antara satu dengan lain. Mereka wajib demi bangsa dan agama berkongsi peranan dan kuasa,” kata veteran politik itu.
Dalam satu hantaran di Facebook, Mohamad menegaskan, UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana ia bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional.
Hubungan UMNO dengan PN ialah hanya satu persefahaman untuk ‘menyelamatkan’ Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan.
Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu, kata Mohamad.
Persefahaman itu berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional kerana kerjasama itu diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.
UMNO juga, tambah Mohamad, mempunyai kerjasama politik yang mengikat antara MCA, MIC serta PBRS melalui Barisan Nasional. BN pula adalah sebuah entiti politik yang terdaftar.
Maknanya UMNO dan Pas serta UMNO dan BN mempunyai perjanjian kerjasama politik yang teratur, kemas dan terikat. Matlamatnya ialah untuk membentuk kerjasama politik dan memenangi pilihanraya sebagai sebuah coalition tetapi jika tidak berjaya sekalipun, kerjsaama politik itu akan tetap kekal dan berfungsi.
Rais mengingatkan jika pemegang amanah kuasa terbesar tidak bersatu hati dan bekerjasama memerintah, akhirnya negara ini akan cacamerba dengan asuhan sosialisme semata-mata.
Menurutnya, pengalaman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan sudah menginsafkan orang Melayu yang tak kisah keutamaan bangsanya tidak akan kekal berkuasa.
Namun, jika Bersatu, UMNO dan Pas saling bekerjasama dalam perjuangan politik tanahair, bangsa Melayu akan kekal sebagai tulang belakang pemerintahan negara.
”Jangan kita lupa selama 22 bulan UMNO dan Pas hilang kuasa di Persekutuan, apa jadi?
”Nilai kita, hak kita, nilai bangsa berserabut macam roti canai siap ditepuk tangan mamak. Sebelum pemerintahan PH, Pas hanya dapat Kelantan dan Terengganu.
”Jangan lupa ratusan ribuan kaum asing yang cuba meredah sempadan dan undang-undang negara lalu dapat kad pengenalan biru dalam sekelip mata. Jangan lupa bahasa Kebangsaan kira yang dah dicabul dalam tempoh dua minggu PH berkuasa; jangan lupa Semenanjung Tanah Melayu dah tak ada; Perkara 153 dah tinggal hanya ungkapan kosong, bahasa Melayu dilanyak siang malam oleh petualang; Dasar Ekonomi Bumiputera kita telah diketepikan demi kemajmukan, konon segan silu nak lakukan sesuatu. Pemimpin kita sendiri cap Melayu malas.
”Kini UMNO dan Pas melalui jambatan Bersatu di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dah rasa kuasa kembali dan sah di sisi Perlembagaan Persekutuan. Syukur dan hargailah dengan pengertian al Qur’an bahawa Allah menentukan kuasa pemerintahan mengikut kehendakNya,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Kita mesti kekalkan kerajaan PN demi bangsa Melayu. Untuk kekal Bersatu hendaklah pandai dan cerdik. Cuba lihat mana maruah Umno Timb. UMNO tidak ada dlm kebenit.
قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا
“Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.
Beberapa surah yg Allah bagi peringatan kepada orang-orang yg khinat :
@kerajaan Pakatan Nasional
@Kerajaan Johor.
@Kerajaan Melaka.
@Kerajaan Perak.
@penyokong kerajaan tebuk atap.
1. Surah AlHajj. Ayat 038.
Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
2. Surah AnNisaa’. Ayat 107.
Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.
3. Surah Yusuf. Ayat 106.
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
4. Surah AlAnfaal. Ayat 058.
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.
5..Surah AlAnfaal. Ayat 027.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
6. Surah AnNisaa’. Ayat 105.
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
7. Surah Ali’Imran. Ayat 057.
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
8. Surah AlAnfaal. Ayat 071.
Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
9. Surah Ali’Imran. Ayat 161.
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
10. Surah Ali’Imran. Ayat 032.
Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
*Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan…”* (Hadis riwayat Imam Muslim)
Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
(Tuan Guru Nik Abdul Aziz)
Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
(YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)
#janganjemuuntukberiperingatan.
Nasihat itu secara jujurnya perlu di ulang ingat khususnya kpd pemimpin pemimpin dlm Bersatu itu sendiri….
Kerana adanya mereka dln kj ph selama 19 bulan itu lah berlaku nya melayu, islam dn perlembagaan …dikotak katik dn perui……
Parti Bersatu adalah parti kecewa dan lompat katak.
Kalau bersatu tak melompat umno dan pas ada dalam kabinet PH ker.
Umno dah rakyat buang ke longkang nasib baik bersatu angkat balik..
Sedar2 lah pemimpin umno yang penuh dengan korupsi dan salah guna kuasa..
mat jais ni sdh xlaku dn9
Kena panggil BERDUA bukan bersatu sbb ada lagi ahli2 bersatu yang masih dlm kem ph.