MIROS

KUALA LUMPUR – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan pelantikan Ir. Dr. Khairil Anwar  Abu Kassim sebagai Ketua Pengarahnya berkuatkuasa hari ini.

Beliau menggantikan Dr. Siti Zaharah Ishak yang telah menamatkan perkhidmatan beliau di MIROS pada 4 Mei lalu.

Khairil Anwar, 44 tahun berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Pentadbiran Perniagaan) dari Universiti UCSI dan beliau merupakan seorang Profesor Adjung di Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur.

Beliau memulakan kerjayanya di MIROS pada April 2008 dan telah mengetuai beberapa unit di MIROS sepanjang tempoh 12 tahun, iaitu Unit Kejuruteraan Keselamatan Perlanggaran, Unit Penyelidikan dan Inovasi, serta Unit Pengoperasian
ASEAN NCAP sebelum dilantik sebagai Pengarah di Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, MIROS pada 4 Jun 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast