Kementerian Kesihatan Malaysia. foto HAZROL ZAINAL, 02 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini membuat laporan polis berhubung fitnah yang mendakwa lima orang pegawai Menteri dan kementerian itu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut satu kenyataan, fitnah itu dibuat menerusi penulisan di beberapa akaun Facebook termasuk di akaun Facebook “Teuku Shafiz Rullah”, “STEADYAKU47” dan akaun twitter “Fadzilah Mamat@fadzilahmamat”.

“Posting di Facebook dan kicauan Twitter berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian.

“Posting itu antara lain mendakwa ‘Menteri Kesihatan juga
terlibat’ dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta,” kata kenyataan itu.

Laporan tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

Sebelum ini seorang peguam, Wee Choo Keong mendakwa kementerian itu menganugerahkan projek pembinaan makmal bernilai RM30 juta kepada sebuah syarikat sebuah syarikat pemaju hartanah yang disifatkan tidak layak mendapatkan kontrak tersebut.

Selain itu, Choo Keong turut mendakwa KKM memberikan syarikat yang sama kontrak pembekalan sut peralatan pelindungan diri (PPE).

KKM yang kesal terhadap fitnah tersebut berkata, berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter
berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.

KKM juga memohon kepada netizen supaya menghentikan perkongsian fitnah itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ni iklan bodoh dh send x berminat lgi byk iklan bodoh ni kluar.. nk baca pun x senang..

Comments are closed.