Nurul Hidayah Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Datuk Nurul Hidayah dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, masing-masing didenda maksimum RM800 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 20 April lalu.

Majistret Shah Wirah Abdul Halim, menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Mereka didakwa melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast