Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk membenarkan ibu bapa pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) termasuk politeknik dan kolej komuniti menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing-masing.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada semalam.

Sehubungan itu, KPT memberi kebenaran kepada ibu bapa untuk menjemput anak
masing-masing di kampus bermula hari ini.

Bagaimanapun, kebenaran itu terhad kepada pergerakan di dalam negeri berkenaan (intra-state) sahaja.

“KPT ingin mengingatkan sekali lagi bahawa urusan ini hendaklah dilaksanakan
mengikut peraturan pergerakan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di samping mematuhi Tatacara Operasi
Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibu bapa dan pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini
boleh menghubungi Bilik Gerakan KPT yang beroperasi selama 24 jam, tujuh hari seminggu di talian 03-8870 6777/6949/6628/6623/6124.- MalaysiaGazette