Pablo Dybala

ITALI – Penyerang Juventus, Paulo Dybala meluahkan rasa rindu terhadap bola sepak selepas saingan liga di seluruh dunia terpaksa dihentikan akibat penularan wabak Covid-19.

Pemain kelahiran Argentina itu mendedahkan beliau amat merindui untuk berlatih dan juga beraksi di atas padang.

Dybala turut dijangkiti wabak tersebut dan dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya selepas empat kali disahkan positif virus itu.

”Saya tidak pernah terfikir akan merindui untuk bermain bola sepak dan berlatih di padang.

”Saya mahu berlatih, berjumpa dengan rakan sepasukan serta sekurang-kurangnya menyentuh bola kerana latihan di rumah tidak sama di padang.

”Sudah terlalu lama rasanya tidak berlatih. Kami tidak tahu bilakah akan dapat kembali. Tidak seperti ketika bercuti, anda tahu berapa lama anda akan berehat,” kata Dybala menurut laporan Goal.

Pada kempen musim ini, pemain sayap itu berjaya menjaringkan 13 gol dan mencipta 14 bantuan jaringan dalam 34 penampilannya di semua pertandingan disertai Juventus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast