KUALA LUMPUR- Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani kenyataan bersama Pakatan Harapan, Bersatu dan Parti Warisan Sabah bertarikh 4 Mei lalu.
Ketua Penerangan parti berkenaan, Dr Radzi Jidin berkata, tindakan tesebut adalah bercanggah dengan pendirian parti.
Katanya, kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang menyeru ahli-ahli Bersatu supaya bekerjasama dengan Pakatan Harapan adalah pendirian peribadi beliau.
Ia tidak melambangkan pendirian rasmi parti
“Sebarang usaha untuk membawa BERSATU bekerjasama dengan Pakatan Harapan adalah bercanggah dengan keputusan rasmi parti.
“Merujuk kepada kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu yang memberi gambaran seolah-olah Bersatu berminat untuk menyertai semula Pakatan Harapan, saya ingin menjelaskan bahawa kami tidak pernah membincangkan perkara ini dan tidak berhasrat untuk menyertai semula Pakatan Harapan,” katanya.
Artikel berkaitan: PH buka pintu, sedia terima PPBM – Mat Sabu
Tegasnya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebagai badan eksekutif tertinggi parti dalam mesyuaratnya pada 23 Februari 2020 telah memutuskan untuk parti itu keluar daripada Pakatan Harapan dan tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan kerjasama dengan gabungan tersebut. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan: Armada tolak UMNO, kembali kepada PH
Yang bersanding UMNO dan PAS, rupanya yang gila talak PH kepada Bersatu.
Kau nie Radzi….pelajaran tinggi. Buat lah kenyataan berlandaskan fakta. Jangan sabarono jer.
Sepatutnya jika membuat kenyataan yg mengatakan ia bertentangan dgn kehendak parti – beritau ler atas fasal berapa, artikal apa dsbnya di ikuti dengan penjelasan mengikut undang2 tubuh parti.
Klu statement camtu….susah ler beb. Orang ramai/natizen nak tau juga asas2 yg kau ungkapkan.
Wadalam.
Selamat berpuasa dan selamat beraya.
#besafe_stayathome.