drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

KUALA LUMPUR – Lima orang wanita warga asing bersama seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran berjaya dicekup polis petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisiner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua suspek adalah berusia 30 hingga 52 tahun.

Mereka bertindak atas maklumat lebih kurang 5 petang pada Selasa lalu, polis dari Petaling Jaya dengan penguat kuasa dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya melakukan serbuan di sebuah premis di Dataran Sunway, Kota Damansara.

“Hasil serbuan, polis berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan dipercayai penjaga kaunter premis itu. Hasil pemeriksaan lanjut di premis polis juga berjaya menahan lima wanita warga asing dan soal siasat polis mereka mengakui bekerja di premis tersebut.

“Polis juga hasil pemeriksaan lanjut brang-barag seperti 7 helai tuala, lima gulung tisu, lima botil minyak urut, 75 paket kondom jenama P.I sebuah telefon bimbit Vivo, dua kad sim hotlink dan pelbagai jenis mata wang asing disyaki digunakan untuk kegiatan terlarang itu,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Tambah Nik Ezanee, kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, 39(b) Peraturan Imigresen dan 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Siasatan lanjut masih dijalankan ke atas suspek bagi melihat penglibatan suspek terutama dalam aktiviti pelacuran di kawasan daerah tersebut,” ujarnya.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tahniah PDRM dan MBPJ yg dapat benteras kegiaran pelacuran warga asing, teruskan juga memburu warga asingbyg asa IC Malaysia..yg masih lagi bersorok di negara ini.Pihak Klinik atau hospital perlu lapor pf Polis jika warga asing yg berkulit putih yg mencurigakan.
    Bersama kita benteras kad pengenalan palsu dan wang palsu.

Comments are closed.