Penduduk diberi minum air selepas berlaku kebocoran gas berlaku di loji kimia LG Chemicals. foto Reuters

NEW DELHI – Kebocoran gas kimia yang berlaku di Loji Polimer LG di selatan India hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang dan antara 300 hingga 00 orang dikejarkan ke hospital.

Manakala kira-kira 1,500 orang penduduk di kawasan berhampiran turut diselamatkan, kata polis.

Kilang bateri yang dimiliki LG Chemical Ltd itu terletak sekitar 14 kilometer dari bandar Visakhapatnam.

Setakat berita ini ditulis, kebocoran di loji itu sudah dapat dikawal.

“Kami sedang melihat kerosakan sebenar, punca kematian dan segala-galanya tentang insiden ini,” kata kilang tersebut.

Pesuruhjaya Visakhapatnam berkata, kebocoran itu berlaku pada awal pagi ketika kebanyakan keluarga di perkampungan berhampiran sedang tidur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast