TERKINI : Adik Saya Dah Mintak Maaf!!! – Datuk Mohamed Faroz

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel hari ini menafikan bahawa pemilik akaun instagram bernama Nor Lizah mempunyai kaitan dengan syarikat tekstil mahupun rangkaian syarikat itu.

Malah Mohamed Faroz menegaskan, Nor Lizah juga tidak pernah mewakili syarikat itu yang mempunyai cawangan di seluruh negara, jauh sekali mempunyai kaitan dengan adiknya, Muzaffar Mohamed Jakel apabila mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.