Presiden Kebangsaan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai .

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu membantu kerajaan dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

Malah, parti-parti politik mesti mengabaikan perkara-perkara lain dan memberi tumpuan untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Katanya, beliau kecewa dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed kerana masih memperjuangkan kuasa biarpun dalam tempoh kritikal melawan pandemik ini.

“Apakah Tun Mahathir sudah lupa perebutan kuasa yang pernah berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH). Banyak urusan negara tertangguh kerana kesilapan tersebut.

“Sehinggalah berlakunya penularan wabak yang menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik untuk membendungnya, sekaligus menyebabkan rakyat risau memikirkan soal periuk nasi dan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin merudum sejak pandemik bermula,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dominic berkata, biarpun peningkatan jumlah kes wabak dalam negara beransur pulih, namun ia tetap berisiko terutamanya ketika kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan pengoperasian semula semua industri sejak Isnin lalu.

Ujarnya, dalam situasi sekarang, semua pihak perlu membantu kerajaan meningkatkan semula ekonomi negara terutamanya selepas ada yang terkesan kerana pandemik itu.

Dalam pada itu, Dominic menyarankan, supaya kerajaan merangka pelan pasca pemulihan ekonomi negara secara strategik selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi meningkatkan ekonomi negara dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan jangka panjang.

Beliau turut mendesak supaya semua parti politik bersabar sehingga pilihan raya akan datang kerana apabila tiba masanya, rakyat boleh kembali mengundi kerajaan pilihan mereka. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Jelas menunjukkan bahawa dia seorang tua yang tidak berakal dan berhati perut. Tamak kedudukan dan kuasa. Kuat pembohong dan fitnah orang. Sangat menyusahkan dan menjadi kebencian orang melayu

  2. Because of Tun Mahathir’s greed for power and control over the economy, Malaysia has suffered a lot. Due to the uncertainty of leadership and the stability of the country, many investors have withdrawn their funds from Malaysia. Why don’t he just accept the fact that others too have the capacity to run the country or perhaps better than his ways. Until Mahathir and his cronies stop all the conspiracies, it will difficult for Malaysia to move forward and develop as an advanced country. I pray that God save Malaysia and its people from the evil corporate capitalists.

  3. Mahathir dgn anaknya si boboi gila kuasa…padahal boboi tu stay sbg Menteri Besar pun atas ihsan pembangkang..anak beranak giler kuasa…

  4. Manusia giler kuasa ..hati busuk penuh dendam kesumat…bongkak sebab dia ingat dia jer yg betul…

Comments are closed.