Retno Marsudi

JAKARTA – Indonesia memanggil Duta China bagi menjelaskan kematian empat anak kapal warganya dari dua buah kapal China, kata Menteri Luar selepas kumpulan hak asasi manusia mendakwa mereka telah didera dan dieksploitasikan.

Kementerian itu mengeluarkan satu kenyataan selepas tular satu video di laman medial sosial menunjukkan pengkebumian di laut dilakukan  di atas kapal dengan bendera China.

Rakaman tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki yang mengelilingi beg mayat berwarna oren berdoa sebelum mencampakkannya ke laut.

Pegawai di Kedutaan China di Jakarta tidak membuat ulasan terhadap permintaan yang dilakukan selepas duta itu dipanggil.

Menteri Luar Indoinesia, Retno Marsudi berkata pada sidang media bahawa tiga anak kapal warga Indonesia telah mati di atas kapal menangkap ikan milik China sejak Disember lalu dan telah dikebumikan di laut.

“Seorang anak kapal mati dan dikebumikan di laut pada 31 Mac. Pada Disember 2019, dua anak kapal lain meninggal dunia dan juga dikebumikan di laut,” kata Retno sambil menambah seorang anak kapal telah meninggal dunia di darat kerana radang paru-paru di hospital di Busan, Korea Selatan.

Retno berkata, beliau telah meminta Duta China ke Indonesia, Xiao Qian memberi penjelasan sama ada pengkebumian itu dilakukan di laut menurut peraturan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan sama ada keadaan ‘tidak sesuai’ di atas kapal yang menyumbang kepada kematian tersebut.

Yayasan Keadilan Alam Sekitar (EFJ), kumpulan hak alam sekitar yang berpengkalan di Britain, dalam satu kenyataan mendakwa beberapa anak telah bekerja lebih 18 jam sehari dengan dibayar serendah AS$1.40 sehari dan mereka yang jatuh sakit tidak dihantar ke darat dengan segera untuk menerima rawatan.

“Peguambela untuk indang-undang kepentingan orang ramai dan EJF menggesa siasatan mengenai amalam di atas kapal ini dilakukan segera oleh China dan pihak berkuasa antarabangsa,” kata EJF – Agensi