NEW DELHI – Sebuah kereta api merempuh pekerja migran yang sedang tidur di atas landasan hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh.

Mereka dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing, kata Menteri Kereta Api dan media.

Berpuluh-puluh ribu orang berjalan kaki dari bandar-bandar besar di India untuk pulang ke kampung halaman selepas mereka kehilangan pekerjaan berikutan pelaksanaan kawalan pergerakan bagi membendung penularan Covid-19 sejak akhir Mac lalu, lapor Reuters.

Pemandu itu cuba memberhentikan kereta api barang apabila dia ternampak pekerja-pekerja buruh berada di atas landasan di negeri Maharashtra, kata Menteri Kereta Api sambil menambah beliau telah mengarahkan siasatan dilakukan.

“Saya baru sahaja mendengar berita sedih mengenai para pekerja buruh dirempuh kereta api, kerja-kerja menyelamat sedang digerakkan,” kata Menteri Kereta Api, Piyush Goyal dalam akaun Twitter.

Di bawah kawalan pergerakan, operasi semua pengangkutan awam digantung menyebabkan para pekerja migran yang menuju ke rumah selalunya berjalan kaki untuk jarak yang jauh.

Kerajaan telah melanjutkan kawalan pergerakan itu sehingga 17 Mei ini. – Agensi

1 Komen

  1. Menteri keretapi – di india
    Menteri ketapi – di malaysia

    Buat apa la kau org pergi tidur atas landasan keretapi tu..?
    Tepi landasan ada tp atas landasan juga kau org pilih..

    “Saya baru sahaja mendengar berita sedih mengenai para pekerja buruh dirempuh kereta api, kerja-kerja menyelamat sedang digerakkan,” kata Menteri Kereta Api, Piyush Goyal dalam akaun Twitter.”

    Apa yg nak di selamatkan? Serpihan kaki,tangan dn kepala kah? Adoi..

Comments are closed.