Nasrul Ali Hasan

KUALA LUMPUR – Perbalahan merebut kuasa di Parlimen tidak menguntungkan rakyat, apatah lagi ketika ini kebanyakan rakyat di negara ini sedang bergelut dengan isu “periuk nasi” ekoran penularan wabak Covid-19.

Dengan itu, Pergerakan Wira Putra Malaysia mencadangkan supaya kedua-dua pihak iaitu Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional memohon perkenan yang Di-Pertuan Agong untuk segera membubarkan Parlimen.

Menurut Ketuanya, Nasrul Ali Hassan Abdul Latif, mandat untuk memilih parti dan pemimpin baharu yang lebih jujur serta komited perlu dipulangkan kepada rakyat.

“Wira PUTRA amat kecewa dan kesal dengan sikap kesibukan ahli ahli parlimen kedua pihak, lebih kepada berebut kuasa atau berebut jawatan di ketika negara gawat menangani wabak COVID-19. Banyak lagi isu keutamaan rakyat dan negara yang boleh didebatkan di parlimen seperti isu kewarganegaraan dengan hukuman yang perlu digandakan kepada mana-mana individu yang didakwa menjadi dalang penjualan kad pengenalan dan kad UNHCR, penyeludupan masuk pendatang haram.

“Ketika ini, banyak keluarga dan individu yang bertarung bagi memulihkan ekonomi keluarga dan diri sendiri.

“Manakala wakil-wakil rakyat sibuk dengan perebutan kuasa, perebutan jawatan dalam GLC-GLC yakni kepentingan duit poket dan peribadi sendiri semata-mata. Kebajikan dan pembangunan ekonomi dan sosial rakyat dipandang remeh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, jika kestabilan politik masih tidak mampu dicapai, sayap parti Putra itu menyokong cadangan Presidennya yang mahu pengisytiharan dibuat bagi membawa semula Malaysia ke landasan yang sebenar.

“Tiga tahun adalah memadai bagi MAGERAN perbaiki perlembagaan dan kembali membawa rakyat ke peti undi untuk memilih calon pemimpin yang berwibawa dan berjiwa rakyat.

“Cukuplah kita biarkan pemimpin-pemimpin rakus sedia ada yang sentiasa membelakangkan kebajikan dan kesejahteraan negara serta menjarah hasil negara dengan memberi peluang kepada pemimpin parti PUTRA yang komited dengan perjuangan dan tegas dalam isu rakyat,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Malaun2 dua ekor tu je yang nak jadi PM , yang sekor dah letak jawatan gila talak pulak nak jadi PM balik hampeh punya manusia ….

  2. Mmg kena bubar tp kena lah tggi smpai wabak virus C19 ni kita selesaikan dulu..pru pun lmbt lg, tp klu nk bubar pun ok jer

  3. aku pon sokong bubar..tp bukan sekarang ni..sbb sekarang ni musim covid..bila msalah covid ni selesai nak bubar..bubar r…

Comments are closed.