Amirudin Shari

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor hanya akan mengumumkan pelan pembangunan ekonomi negeri pasca Covid-19 sebaik sahaja sistem menangani wabak itu berjalan sepenuhnya.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, walaupun persediaan sudah dibuat namun aspek nyawa dan kehidupan rakyat perlu diberi keutamaan terlebih dahulu.

“Kita telah menggariskan beberapa perkara dan kita telah berbincang malahan dengan Menteri Kewangan semasa PKP fasa ke-3 dulu sebelum pembukaan sektor ekonomi.

“Sudah pasti kita akan mula mengumumkannya setelah keseluruhan sistem dan pergerakan itu berjalan sepenuhnya.

“Ia bukan satu perkara yang mudah tetapi yang pentingnya bagi Kerajaan Negeri Selangor cuba melihat keseimbangan yang selalu disebut sebagai nyawa dan kehidupan kita,” katanya pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin juga berkata, e-dagangan antara pelan pembangunan ekonomi yang menjadi tumpuan kerajaan negeri dan mampu digerakkan mendepani pasca Covid-19.

“Sejauh mana kita dapat mengekalkan disiplin (normal baharu) dan bagaimana kita mendisplinkan diri dengan perkara dan persediaan baharu.

“Realisasi e-dagang dan sebagainya akan menjadi tumpuan kerajaan negeri, kebetulan kerajaan negeri mempunyai visi untuk melengkapkan Negeri Pintar

“Insya-Allah kita akan dapat menggunakan peluang ini untuk terjun bersama-sama dalam kehidupan pintar menjelang tahun 2025,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast