Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaksanakan ujian saringan Covid-19 dengan menggunakan kaedah Reverse Transcriptase – Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) sahaja.

Ia adalah selari dengan garis panduan terkini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai saringan Covid-19 yang hanya mengiktiraf RT-PCR sebagai kaedah saringan.

Ujian itu adalah di bawah Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso.

Menurutnya, ujian saringan ini akan dilaksanakan oleh penyedia perkhidmatan sedia ada dan juga lain-lain penyedia perkhidmatan yang akan dilantik bagi membolehkan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien.

Saringan ini adalah wajib kepada pekerja-pekerja asing di sektor pembinaan atau yang bekerja di zon merah sahaja.

Sebelum ini ujian saringan Covid-19 ke atas pekerja-pekerja syarikat yang beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan secara dua fasa.

Fasa pertama menggunakan RT-PCR, disusuli RTK Antibody pada fasa 2. – MalaysiaGazette