Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 15 Mei ini bagi menentukan tarikh-tarikh penting berkaitan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri China berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 7 Mei lalu.

Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun.

SPR dalam kenyataannya hari ini memberitahu, tarikh-tarikh tersebut termasuk writ pilihan raya, hari penamaan calon dan hari pengundian.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar berkata, turut akan dibincangkan adalah daftar pemilih yang digunakan untuk PRK itu kelak serta persiapan-persiapan lain yang berkaitan.

Katanya, SPR telah menerima pemakluman rasmi kekosongan luar jangka kerusi N23 DUN Chini dari Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Ishak Muhammad  pada 8 Mei lalu iaitu sehari selepas kematian Allahyarham Abu Bakar.

“Berdasarkan Perkara 26 Fasal (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, SPR akan mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan oleh SPR,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan: ADUN Chini meninggal dunia

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast