TERKINI : Kena Beratur Panjang Dalam Cuaca Panas Terik

Penduduk di sekitar Chow Kit hari ini beratur panjang di Jalan Raja Alang bagi menjalani ujian saringan Covid-19 yang memasuki hari kedua.

Walaupun terpaksa beratur dalam keadaan panas terik, penduduk sekitar termasuk warga asing dilihat akur bagi menunggu giliran mereka.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati kesemua laluan masuk ke Pasar Jalan Raja Bot di Jalan Raja Alang termasuk laluan dari Kampung Baru menuju ke Chow Kit serta sebahagian Jalan Tunku Abdul Rahman dikawal ketat anggota polis serta Angkatan Tentera Malaysia dengan sesetengah lokasi dipasang pagar kawat duri.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast