Sharifah Amani.

KUALA LUMPUR – Tarikh 9 Mei 2018 menyaksikan perubahan bersejarah tampuk pimpinan negara apabila parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berkuasa lebih 60 tahun.

Namun tidak sampai dua tahun kemudian, kerajaan PH pimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula tumbang pada hujung Februari lalu yang diganti Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Walaupun kini PH kembali menjadi pembangkang dan BN pula berkuasa semula melalui gabungan parti, namun pelakon Sharifah Amani tetap mengenang tarikh Pilihan Raya Umum-14 yang disifatkannya sebagai kemenangan rakyat.

“Ia masih hari kita! Kita telah membuat sejarah selepas 61 tahun pada hari itu. Saya tetap percaya bahawa rakyat yang berkuasa.

“Semoga mandat rakyat dikembalikan kepada kita.

“Selamat hari rakyat semua,” katanya yang terkenal melalui lakonan dalam filem Sepet dan Gubra arahan Yasmin Ahmad.

Ciapan Sharifah dibalas sarjana sastera dan penulis Faisal Tehrani, berkata: “Ya! Seniman waras seniman bersikap!”

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan Ahli Parlime PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bersama-sama pembangkang Pas, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.

Bersatu kini terpecah kepada dua kem, penyokong Dr Mahathir dan Muhyiddin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Bukan hari kemenangan rakyat tali itu lah harinya rakyat tertipu dek fitnah seorang diktator yang gila kuasa dan hanya pentingkan diri dan laum keluarganya sahaja. Hari ini pada rarikh yang sama rakyat merakamkdn penyesalannya ke atas seorang pemimpin yang menang dengan menabur fitnah berbohong dan dato segala kleptokrasi.

  2. Kah. Aku dah tak ingat tarikh ni.. sbb pemerintahan ph lg teruk utk dikenang berbanding kejatuhan bn. Hakikatnya!

  3. ,
    hari kemenangan rakyat???
    beberapa bulan lepas tu???
    majoriti rakyat berpuas hati ke dibawah pimpinan ph???
    yg berpuas hati rasanya cuma RAYKAT,
    yg sebenarnya…
    hari tersebut bukanlah hari kemenangan rakyat,
    tapi akan terus diingat sebagai HARI KEBODOHAN RAKYAT,

  4. Pelakon bullshit..sama lah dgn Wardina, CT dan the gang..selama ni ko anak beranak pun cari makan di bawah kerajaan yg 61 tahun tu bahalol. Kebanyakan artis Malaysia ni bukan saja bodoh dan tak berpelajaran tapi perasan bagus…dah tua nanto sibuk nak mengemis..dan jgn lupa si Tehrani tu..entah macam mana agaknya UKM boleh ambik dia jd staff..tulisan semua tak de nilai akademik langsung..penuh khayalan, retorik dan sampah!

Comments are closed.