KUALA LUMPUR – Syahredzan Johan melalui laman sosial Twitternya memberi gambaran rasa terharunya terhadap kenyataan bersama oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syaredzan yang merupakan Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu menulis demikian selepas kenyataan bersama-sama oleh kedua-dua pemimpin itu sempena ulangtahun ke-2 kemenangan PH.

Bagaimanapun, gambaran itu di sifatkan tidak lebih daripada ‘makan sesama sendiri’ sahaja oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar Musa yang membalas ciapan Syahredzan sambil menyifatkan ianya tidak lebih daripada ‘politik cannibalism’.

“Politik cannibalism, tidak habis-habis hendak makan sama sendiri sahaja,” tulis Menteri Wilayah Persekutuan itu.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika memegang jawatan Perdana Menteri dilihat enggan menyerahkan kuasa tersebut kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua tahun seperti dijanjikan pada awal-awal kemenangan Pakatan Harapan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Sebaliknya, Tun Mahathir bertindak luar dugaan tahun lalu apabila meletak jawatan tersebut kemudian mencalonkan kembali namanya sendiri dan bukan seperti yang dirancang.

Itu juga merupakan antara punca mengapa kerajaan PH ini akhirnya tumbang tidak sampai dua tahun memerintah.

Bagaimanapun kini kedua-dua pemimpin itu yang sudah tidak berjawatan Perdana Menteri itu kemudian berubah nada dan berjabat tangan bersama-sama mahu bangkit kembali.

Hakikatnya, kerana ‘tamak kuasa’ ini jugalah kerajaan PH jatuh namun kini kedua-dua mereka mahu kembali berkuasa menggunakan mandat rakyat sambil meletakan kesalahan itu terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Hah! Kali ni wartawan Malaysiagazette buat ulasan yg betul…2 pemimpin tamak yg gila kuasa…tak peduli rakyat dlm kesusahan…

  2. Bukan siapa & bagaimana.
    Gunakan lah apa pun teori.
    Pengkhianatan yg dilakukan oleh kerajaan tebuk atap ini tidak ada pengecualian pembalasan diakhirat kelak..

    قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا

    “Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.

    Beberapa surah yg Allah bagi peringatan kepada orang-orang yg khinat :
    @kerajaan Pakatan Nasional
    @Kerajaan Johor.
    @Kerajaan Melaka.
    @Kerajaan Perak.

    1. Surah AlHajj. Ayat 038.
    Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.

    2. Surah AnNisaa’. Ayat 107.
    Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

    3. Surah Yusuf. Ayat 106.
    Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.

    4. Surah AlAnfaal. Ayat 058.
    Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

    5..Surah AlAnfaal. Ayat 027.
    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

    6. Surah AnNisaa’. Ayat 105.
    Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

    7. Surah Ali’Imran. Ayat 057.

    Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

    8. Surah AlAnfaal. Ayat 071.
    Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

    9. Surah Ali’Imran. Ayat 161.
    Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).

    10. Surah Ali’Imran. Ayat 032.
    Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

    *Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan…”* (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
    (Tuan Guru Nik Abdul Aziz)

    Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
    (YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)

    #janganjemuuntukberiperingatan.

Comments are closed.