Gambar hiasan

KULIM – Pada ketika khabar angin mengenai “gempa bumi politik” sedang bertiup kencang di Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim menafikan dirinya bakal mengkhianati Pakatan Harapan (PH) bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

ADUN Kulim, Yeo Keng Chuan ketika dihubungi Sinchew Daily bertegas bahawa beliau bukan pengkhianat yang dikhabarkan.

Keng Chuan bagaimanapun bersetuju bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir “tidak berapa stabil.”

Keng Chuan bagaimanapun bertegas mahu bersama PH kerana telah bertanding dan menerima amanah rakyat melalui PKR.

Spekulasi sedang bertiup kencang bahawa segelintir wakil rakyat PH termasuk dua ADUN PKR akan “khianat” dan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional.

Keng Chuan dilihat sebagai penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam PKR.

ADUN Kulim itu sebelum ini juga pernah mendedahkan pada 9 Mac lalu bahawa Perikatan Nasional pernah mencuba untuk menariknya menandatangani perisytiharan sokongan terhadap perikatan itu yang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ditanya mengenai cubaan tersebut, Keng Chuan berkata, tiada pihak yang menghubunginya selepas 9 Mac untuk memujuknya menumbangkan kerajaan negeri sedia ada. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Masuk ajelah PN . Yang bodoh sangat nak bodek MB Mukriz yang tak guna tu bust apa. Pergilsh pada kerajasn yang bersama ralyat.

Comments are closed.