Norhizam Hassan (kiri) membalas balik gelaran babi yang diontarkan Chee Leong (kanan), sebelum persidangan DUN Melaka menjadi hangat dan kecoh dengan 'pertikaman' lidah, semalam.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee menyifatkan perkataan ‘babi’ yang dilontarkannya kepada ADUN Kota Laksamana dari DAP, Low Chee Leong dalam persidangan DUN Melaka semalam, sebagai tepat.

Bagaimanapun, katanya, di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN), persidangan DUN itu tidak disiarkan secara langsung sebagaimana sebelum ini, menyebabkan rakyat Melaka dan orang ramai tidak tahu cerita sebenar yang mencetuskan pergaduhan antara beliau dengan enam hingga tujuh ADUN pembangkang.

Norhizam Hassan Baktee

“Kalau dahulu (kerajaan Pakatan Harapan) kita tengok (persidangan DUN) memang dapat (siaran) secara langsung. Kita bersidang dari mula sampai habis disiar sampai rakyat Melaka dapat tengok, tapi kerajaan baharu ini tak ada langsung.

“Kalau awak tengok pada (dari) mula lagi, saya ni sebenarnya masuk Dewan (ketika itu) memang dah kecoh, tapi saya diam, saya tak bising, saya tak marah, saya diam saja.

“Tetapi apabila saya diprovokasi, saya dimaki hamun… dimakinya saya ‘babi’, dia maki saya ni pengkhianat, dia maki saya ni orang kerajaan pintu belakang dan pelbagai lagi tohmahan diberikan (dilontarkan) kepada saya, digelarkan kepada saya. Ini yang membuatkan saya jadi marah,” katanya dalam kenyataan balas berhubung kekecohan pada persidangan DUN Melaka.

Semalam, viral di media sosial ‘pertengkaran’ antara Norhizam Hassan dengan Chee Leong beserta lima hingga enam lagi ADUN pembangkang yang menyaksikan kata-kata kasar seperti ‘babi’ dan ‘pengkhianat’.

Norhizam Hassan yang bertindak sebagai ADUN Bebas berkata, Chee Leong begitu galak menuduhnya pengkhianat dan menggelarnya babi menyebabkan beliau marah dan membalas balik kepada wakil rakyat DAP itu dengan bertanya, “siapa yang babi dan siapa yang makan babi?”

“Bila saya marah, saya berkata dengan (kepada) YB pembangkang itu.. saya tanya, “siapa yang babi dan siapa yang makan babi?”. Jadi, kalau kita ni nak maki babi, tengoklah..

“Kalau kita makan babi, muka dah macam babi, kalau boleh perangai jangan macam babi la, itu yang saya kata (kepada Chee Leong).

“Itu yang bertalu-talu saya sebut “babi, babi, babi, babi…” kerana saya diserang oleh enam atau tujuh YB pembangkang ketika itu. Saya terpaksa mempertahankan diri saya,” katanya.

Beliau mengakui, mana mungkin mampu berlawan dengan tujuh ADUN pembangkang, oleh itu, beliau hadap seorang saja, iaitu ADUN Kota Laksamana.

“Itulah YB pembangkang yang saya katakan babi itu.. itu yang bertubi-tubi saya kata babi, babi, babi, saya terpaksa bercakap begitu kerana saya telah dibabikan dahulu.

“Bayangkan kalau saudara dibabikan, apa perasaan? Kita dilahirkan bukan untuk dibabikan orang, kita dilahirkan untuk menjadi manusia. kalau saya sebagai YB, kita kena berkhidmat untuk rakyat dan masyarakat.

“Apabila saya sebagai YB dibabikan, itulah jawapan yang paling tepat dan itulah kata-kata yang paling bagus saya lepaskan kepada YB-YB pembangkang pada ketika itu,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Suka tembak babi jadi terikut Ikut lah.
    Sepatutnya rakyat sedar orang yang kita hendak sokong atau undi itu biar lah ada Budi Bahasa dan pendidikan. Jika tidak ada kedua duanya maka itu lh jadinya. Saya salahkan rakyat. Kerana memilihnya.

Comments are closed.