Seorang lelaki warga Pakistan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut di Setapak disahkan positif Covid-19 hari ini selepas berita mengenainya tular semalam.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan menggunting rambut masih berada dalam senarai aktiviti yang dilarang, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.

“Di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), perkhidmatan menggunting rambut sama ada di kedai atau di mana-mana termasuk di rumah, tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan berita terdapat individu termasuk menteri dan pegawai polis yang menggunakan perkhidmatan tukang gunting rambut ke rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB dilaksanakan.

Menurut Ismail Sabri, beliau tidak mengetahui perkara tersebut dan mendakwa baru kali pertama mendengar berita berkenaan ketika ditanya oleh seorang pemberita semasa sidang media hariannya hari ini.

Dengan itu, Ahli Parlimen Bera itu memaklumkan, beliau tidak dapat mengesahkan laporan berkenaan kerana tidak mempunyai maklumat.

Cuma tegasnya, prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkhidmatan menggunting rambut adalah sama – iaitu tidak dibenarkan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast