Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Setakat 30 April lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memberi diskaun sebanyak RM58.3 juta telah diberikan, yang mana lebih 84% daripada subsidi elektrik untuk pengguna isi rumah.

Diskaun itu termasuk dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac lalu.

Diskaun yang bakal memberi manfaat kepada hampir tujuh juta rakyat Malaysia berpendapatan rendah ini diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik berdaftar TNB dan boleh dinikmati bermula April sehingga September depan mengikut jumlah penggunaan bulanan:-

Tiga juta pengguna domestik dengan penggunaan bulanan bawah 200kWh akan menerima diskaun 50 peratus.
1.5 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 201 kWh hingga 300kWh akan menerima diskaun 25 peratus.
2.2 juta pengguna dengan penggunaan bulanan antara 301kWh hingga 600kWh akan menerima diskaun 15 peratus.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan lebih 3.5 juta permohonan berjumlah RM1.66 bilion.

Pada minggu ini, sehingga 10 Mei, 3.7 juta permohonan diluluskan dengan anggaran jumlah terlibat
RM1.76 bilion.

Selain itu, bagi langkah pengurangan caruman EPF oleh pekerja daripada 11% kepada 7%, jumlah pengurangan caruman yang dianggarkan akan diterima ahli KWSP untuk bulan Mei adalah RM954.7 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. ok lah tu tak adil. orang sikit potong banyak orang banyak potong sikit. . apa salah kalau potong sama rata

Comments are closed.