Alizakri Alias

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tarikh untuk majikan membuat bayaran caruman bulan Mei 2020 hingga caruman bulan Julai 2020, daripada 15 hari bulan kepada 30 haribulan bagi bulan yang berkenaan.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu, KWSP telah menerima banyak maklum balas terutamanya mengenai kerisauan para majikan serta tekanan yang mereka hadapi berikutan pemberhentian aktiviti perniagaan.

”Bagi meringankan beban para majikan di samping memelihara mandat KWSP untuk melindungi dana persaraan ahli, KWSP akan terus memberi pertimbangan tertentu yang munasabah, sebagaimana pelaksanaan pelanjutan tarikh bayaran caruman untuk bulan Mei, Jun dan Julai 2020 ini,” katanya.

Menurut beliau, dengan sokongan dan fleksibiliti yang kami tawarkan ini, KWSP berharap para majikan akan
terus menjalankan tanggungjawab mereka dengan membayar caruman syer majikan dan pekerja, dalam keadaan Covid-19 yang semakin hari beransur pulih.

Majikan boleh membuat bayaran caruman melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet ataupun di kaunter bank yang dilantik. – MalaysiaGazette