Tiga wanita antara lapan suspek yang mempunyai hubungan sekeluarga ditahan dan direman selama 4 hari di Mahkamah Majistret Selayang dalam kes penganiayaan kanak kanak di sebuah rumah kebajikan di selayang.

KUALA LUMPUR – Lapan suspek dari satu keluarga termasuk tiga wanita yang terlibat dalam insiden video kanak-kanak sebuah rumah kebajikan di Selayang dianiaya direman selama empat hari bermula hari ini.

Kesemua lima lelaki dan tiga wanita disahkan mempunyai ikatan satu keluarga dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi.

Lima lelaki berpakaian biasa digari manakala tiga suspek wanita pula berbaju lokap warna oren dibawa dengan tangan bergari untuk permohonan reman di mahkamah tersebut.

Mereka telah ditahan polis Gombak semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe ketika dihubungi MalaysiaGazette pagi ini mengesahkan tahanan reman kesemua suspek itu untuk disiasat dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

“Ya..pagi ini 8 orang ditahan dan direman 4 hari mulai 14 Mei ini.

“Kesemua suspek yang direman ada hubungan keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette

Video tular kanak-kanak didera, rumah kebajikan disita JKM

1 Komen

Comments are closed.