Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melakukan banyak tindakan yang bertentangan dengan dasar dan prinsip perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam usaha menyingkirkan beliau daripada jawatan pengerusi.

Tindakan tersebut, kata Dr Mahathir, termasuk tidak menjemput beliau untuk mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang disifatkan sebagai satu kesalahan serius.

Turut tidak dijemput ke mesyuarat itu Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Mukhriz Mahathir.

“Kalau hendak singkirkan saya pun, jemputlah saya ke mesyuarat itu dulu. Kalau dulu biasa menjadi pengerusi dalam UMNO yang mana UMNO menyingkir Anwar Ibrahim, tetapi Anwar dijemput dan dibenarkan berucap dalam mesyuarat itu.

“Tetapi dalam PPBM hari ini, saya tak dijemput dan berucap itu adalah kesalahan besar sekali. Sebab itu, saya dapati mungkin Muhyiddin dijangkiti oleh penyakit UMNO kerana suka membuat sesuatu yang tidak mengikuti perlembagaan parti,” kata yang bersiaran di laman Facebook hari ini.

Menurut Dr Mahathir, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Bersatu sejak parti itu ditubuhkan dan kedudukannya adalah yang terkanan sekali diikuti diikuti presiden, timbalan presiden dan naib presiden.

“Pengerusi biasanya mesti mempengerusikan mesyuarat MKT Bersatu dan akan menentukan segala dasar parti.

“Jadi saya lihat mereka tidak jemput saya dan Mukhriz untuk mesyuarat tersebut maka saya dapati bercanggah dengan undang-undang tubuh perlembagaan parti itu dan mesyuarat itu tidak sah,” katanya.

Menurut bekas perdana menteri itu, satu lagi kesalahan Muhyiddin adalah jemputan  dibuat oleh Setiausaha Kerja tanpa disebut siapa yang memberi arahan tersebut.

“Kalau saya beri arahan setiausaha kerja mestilah sebut bahawa saya yang arahkan tapi dalam kes ini saya tidak beri arahan,” katanya.

Dr Mahathir menambah, hanya beliau seorang yang boleh memberi arahan untuk memanggil mesyuarat dan Muhyiddin sebagai Presiden cuma boleh bagi arahan atau mempengerusikannya kalau saya tidak mampu, sakit atau tidak ada dalam negara untuk mempengerusikan majlis.

Sehubungan dengan itu, katanya, tindakan Muhyiddin mengumumkan bahawa beliau memangku jawatan pengerusi parti buat sementara waktu tidak mempunyai asas dalam perlembagaan parti dan bercanggah sama sekali.

Tambah beliau, tujuan mesyuarat itu bersidang supaya ahli ahli tahu perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu juga tidak dinyatakan dalam jemputan berkenaaan.

Dr Mahathir juga menyentuh mengenai pelantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai  Setiausaha Agung Bersatu.

Katanya, Muhyiddin tidak sedar bahawa Hamzah tidak boleh memegang jawatan tersebut kerana pelantikan itu dibuat tanpa berunding dengan pengerusi seperti mana diperuntukkan dalam perlembagaan.

Menurutnya yang menjadi Setiausaha Agung Bersatu sebenarnya Datuk Marzuki Yahaya dari Pulau Pinang yang telah dilantik oleh Muhyiddin dan tidak dibantah pengerusi parti memandangkan ia sah disisi perlembagaa nparti.

Katanya, ia antara sebab utama perisytiharan Hamzah sebagai pengganti Marzuki adalah salah di sisi perlembagaan Bersatu, katanya sambil melahirkan rasa sedih kerana Muhyiddin dakwanya telah gagal berbegang kepada peraturan parti. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Mahadey ni dia perasan dia masih lagi pengerusi bersatu. Dah letak jawatan pengerusi, otomatik presiden pangku. Yg menang tak bertanding tu tunggu bila dah lepas perhimpunan nanti laa. Ngok betul!

Comments are closed.