Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima menerima panggilan telefon dari rakan sejawatnya iaitu Menteri Pertahanan China TYT Jeneral Wei Fenghe.

Dalam panggilan yang diterima sekitar jam 4 petang tadi, Jeneral Wei Fenghe telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Ismail Sabri di atas pelantikannya sebagai Menteri Kanan (Keselamatan) dan Menteri Pertahanan Malaysia.

Dalam kenyataan media hari ini kementerian itu berkata, tumpuan perbincangan menerusi telefon antara kedua-dua Menteri berkisar kepada krisis global semasa iaitu wabak Covid-19.

“Dalam perbincangan tersebut, kedua dua menteri telah berkongsi pengalaman mengenai langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan di negara masing-masing dalam menangani situasi Covid-19.

“Kedua-dua menteri bersependapat bahawa adalah amat penting bagi setiap negara untuk terus bekerjasama dalam mendepani wabak Covid-19,” kata kenyataan itu.

Dalam hal ini, tegas kementerian lagi Menteri Pertahanan telah merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pertahanan Nasional Republik Rakyat China atas sumbangan bekalan perubatan yang terdiri daripada 13 jenis peralatan perubatan.

Menurutnya, sumbangan daripada pihak China ini akan membantu petugas barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysia.

“Selain daripada usaha utama dalam menangani wabak Covid-19, kedua-dua Menteri Pertahanan juga telah mengesahkan komitmen untuk terus mempertingkatkan kerjasama pertahanan sedia ada.

“Mereka turut menyentuh mengenai cabaran keselamatan serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama, termasuk Laut China Selatan,” sebut kenyataan itu lagi.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Terbaik dato seri.. err..dato,ada tak menteri pertahanan china tu tanya bekas menteri pertahanan malaysia yg sblm ni? Mana la tau menteri pertahanan china tu nak order roti john ke..

  2. Terbaiklah, bertapa respectnya China kepada kita sekarang sehingga Kapal mereka dilaut China Selatan pun beredar.Arab Saudi pun sekarang sudah mula bagi bantuan kepada Malaysia, bukan seperti Tun buat sidang OIC, tetapi 3 negara sahaja yang datang.

Comments are closed.