KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol akan naik enam sen mulai tengah malam ini selepas empat minggu berturut-turut kadarnya kekal sebelum ini.

Harga RON95 meningkat kepada RM1.31 seliter dan RON97 RM1.61 seliter manakala diesel naik lima sen kepada RM1.45 seliter.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 22 Mei ini.

Kementerian Kewangan berkata, kenaikan itu disebabkan peningkatan harga minyak diproses, sejajar kenaikan harga minyak mentah dunia.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast