Ketua Jurulatih kelab Bundesliga langgar kuarantin keluar hotel beli ubat gigi

BERLIN – Ketua Jurulatih Augsburg Heiko Herrlich melanggar syarat kuarantin Covid-19 yang dikenakan di Jerman apabila meninggalkan hotel untuk membeli ubat gigi.

Tindakan itu mengakibatkan dia akan terlepas aksi Bundesliga yang akan diteruskan semula.

Herrlich dalam sidang media mengakui dia telah melanggar peraturan kesihatan yang ditetapkan apabila keluar ke kedai runcit.

Pasukannya akan bertemu Wolfsburg hari ini dan semua pasukan yang akan menyambung aksi sedang menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Walaupun saya mengikuti segala garis panduan kebersihan keluar masuk hotel, saya tidak boleh menghentikan amalan itu selepas mengikar peraturan itu.

“Dalam soal ini saya kesal tak dapat jadi contoh terbaik untuk anak buah saya dalam pasukan da juga awam.

“Saya akur dengan kesalahan saya, dan saya tidak akan mengikuti pasukan ke kompleks latihan Jumaat dan tidak akan bersama pasukan apabila menentang Wolfsburg nanti,” katanya.-MalaysiaGazette