Penganut Hindu menjalankan upacara sembahyang di waktu petang sempena sambutan Deepavali hari ini ketika tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Kuil Korttu Malai Pillayar, Pudu, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 27 OKTOBER 2019.

KUALA LUMPUR – Satu perbincangan mengenai pembukaan rumah ibadat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bersama 12 ketua-ketua dan wakil badan agama diadakan hari ini.

Unit Komunikasi Korporat kepada Kementerian Perpaduan menerusi kenyataan memaklumkan, perbincangan secara atas talian itu dibuat oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Ketua-ketua dan wakil-wakil agama yang terlibat pada mesyuarat tersebut mewakili pelbagai agama seperti Buddha, Kristian, Hindu, Tao dan Sikh.

“Antara yang badan agama itu iaitu Christian Federation of Malaysia, Malaysia Gurdwara Council, Malaysian Buddhist Association, Young Buddhist Association of Malaysia, Federation of Taoist Association Malaysia dan Malaysia Christian Youth Association of Malaysia.

“Turut terlibat iaitu sama Fo Guang Shan Malaysia, Singapore, Thailand and Indonesia, National Evangelical Christian Fellowship Malaysia, Malaysia Hindu Sanggam, Buddhist Missionaries Malaysia Society, Council of Churches of Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua wakil yang hadir secara amnya membincangkan cadangan Prosedur Opetrasi Standard (SOP) yang telah dibangunkan oleh KPN bersama KKM dan akan mengemukakan maklum balas serta cadangan senarai rumah ibadat terpilih dalam kawasan Zon Hijau kepada pihak KPN pada 18 Mei ini.

Ujarnya, satu mesyuarat susulan juga akan diadakan pada 18 Mei bagi memuktamadkan SOP tersebut yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPN.

Menteri Perpaduan Negara akan membentangkan senarai rumah ibadat yang telah dicadangkan dalam zon hijau dan SOP
untuk mendapat persetujuan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 19 Mei, katanya,

Tambah kenyataan itu, pengumuman seterusnya akan dibuat oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan. – MalaysiaGazette