KUALA LUMPUR – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) tidak pernah melantik ejen pihak ketiga atau mengenakan bayaran untuk perkhidmatannya.

Katanya, semua individu boleh datang terus ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling kewangan dan pengurusan hutang secara percuma.

Mana-mana individu yang menghadapi masalah kewangan termasuk rumah akan dilelong, kereta ditarik, jangan percaya pihak ketiga yang mendakwa mewakili AKPK dengan janji untuk menyelesaikan masalah anda dengan bayaran.

Ini kerana, perkhidmatan AKPK adalah percuma untuk semua.

Oleh itu, APKP mengingatkan orang ramai agar tidak mudah ditipu oleh individu yang mendakwa sebagai ejen pihak ketiga. – MalaysiaGazette