Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mendakwa peningkatan harga barang basah dan barang mentah di seluruh negara amat membimbangkan memandangkan negara bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri seminggu lagi.

Keadaan itu diburukkan dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang menyaksikan begitu ramai rakyat Malaysia terbelenggu dengan ketiadaan pendapatan atau kehilangan pekerjaan.

Kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna semalam bahawa kementerian hanya akan menyiasat kenaikan harga ayam di beberapa negeri adalah mendukacitakan.

Datuk Seri Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan Ong Kian Ming dalam kenyataannya berkata, siasatan, pemantauan dan tindakan berpatutan seharusnya dilaksana lebih awal bukannya sehingga berpotensi menambah beban rakyat pada waktu ini.

”Menteri dan timbalan menteri perlu bertanggungjgawab penuh dan segera melaksana tindakan kawalan untuk memastikan tiada pencatutan mahupun kenaikan harga yang keterlaluan di ambang Syawal,” ujar mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Majlis Setiausaha PH menegaskan keperluan diwujudkan segera mekanisme bagi menjamin kestabilan harga barangan, menyelesai isu rantaian bekalan, serta memastikan nasib petani dan pengusaha tidak diabaikan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dah habis modal le PH ni…dh le tu. Korang dh hilang jawatan..baik duduk diam2 kat rumah. 22 bulan jadi kerajaan korang bust apa?? jual semua harta Kerajaan? mana pi duit tu??? skrg rakyat dh x percaya PH lagi. Bye…byee PH parti hancing

Comments are closed.