Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatan  sebagai Menteri Besar Kedah  berkuat kuasa serta merta selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Peletakan jawatan itu diumumkan dalam sidang media khas hari ini di Wisma Darul Aman.

“Saya sudah sembah kepada Sultan Kedah tentang hilang majoriti saya dengan ini mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Untuk rekod, ini kali kedua Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu meletakan jawatan selepas mengalami perkara sama pada 2016.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, beliau akan bertindak sebagai pembangkang bersama 13 ADUN Pakatan Harapan (PH) yang lain sehinggalah DUN dibubarkan pada 2023 kelak.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah yang baharu dijangka mengangkat sumpah jawatan petang ini.

ADUN Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dijangka mengangkat sumpah jawatan jam 2 petang ini. -MalaysiaGazette.

2 Komen

  1. Ni YB Hassan Karim bg lah komen…kenapa tak da undi tak percaya kpd Mukhriz dlm DUN?…dlm hal Muhyiddin ko bukan main lagi yer..poooodahhhh lah

Comments are closed.