Odion Ighalo.

LONDON – Penyerang pinjaman Manchester United, Odion Ighalo mahu terus kekal di kelab itu pada musim depan.

Jurulatih peribadinya, Ekemini Ekerette berkata, ini kerana Ighalo sentiasa mencintai United, peminat dan sejujurnya dia akan gembira sepanjang hayat apabila menjadi sebahagian daripada skuad itu.

Menurut  Ekemini lagi, sejak menyertai dengan United, Ighalo mempunyai motivasi yang luar biasa.

Malah di tengah-tengah wabak virus Covid-19, pemain antarabangsa Nigeria itu Ighalo sentiasa terus berlatih keras di rumah.

“Dia adalah atlet yang hebat dan saya tidak pernah melihat seseorang lebih meminati pekerjaan mereka daripada dia. Saya rasa dia berada dalam keadaan fizikal yang sangat baik. Dia hanya suka pada permainan dan hanya mahu berlatih.

“Walaupun liga dihentikan seketika,dia sentiasa akan terus berlatih setiap hari. Dia sangat berdisiplin. Dia selalu fokus untuk memastikan dia melakukan apa yang perlu dia lakukan untuk mendorong dirinya pergi lebih jauh,” kata Ekerette seperti dilaporkan Goal.

Kehadiran Ighalo di United pada awalnya diduga hanya untuk memperbaiki kekurangan barisan serangan Red Devils.

Ini kerana, Marcus Rashford mengalami kecederaan namun Ighalo telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan apabila menjaringkan empat gol dan satu bantuan. – MalaysiaGazette