Detik-detik mencemaskan sebuah jet pejuang Snowbirds yang terbakar sebelum terhempas di sebuah kediaman. foto Agensi

TORONTO – Sekurang-kurangnya seorang tentera terbunuh selepas sebuah jet pejuang Kanada terhempas di kejiranan penempatan ketika melakukan pertunjukkan akrobatik.

Kemalangan itu berlaku pada pagi Ahad, sejurus selepas jet  berkenaan berlepas.

Seorang anak kapal dilapor mengalami cedera parah semasa ia merempuh di bandar Kamloops, British Columbia.

Manakala seorang lagi juruterbang pula berjaya melepaskan diri sebelum nahas.

Semasa kejadian jet pejuang Snowbirds sedang ”melakukan tabik hormat” kepada warga Kanada yang bekerjasama memerangi penyebaran Covid-19, menurut laman web pasukan.

Snowbirds melakukan aksi akrobatik untuk orang ramai, sama seperti Red Arrows di United Kingdom atau US Blue Angels.

“Dengan hati berat kami mengumumkan bahawa satu anggota pasukan CF Snowbirds telah meninggal dunia dan seorang mengalami kecederaan serius,” kata Tentera Udara Diraja Kanada menerusi Twitter.

Video yang disiarkan di Twitter menunjukkan dua jet melayang ke udara dari Lapangan Terbang Kamloops sebelum terbakar.

Saksi Annette Schonewille memberitahu CBC News: “Satu pesawat terus melayang dan yang satu lagi mengeluarkan kepulan asap dan satu … adalah bola api,” katanya.

“Tidak ada bunyi bising, ia aneh, dan kemudian pesawat itu hanya berpusing-pusing dan jatuh dari langit. Jatuh lurus ke bawah dan kemudian mengeluarkan asap hitam,”.

Penduduk-penduduk bertempiaran keluar dari rumah masing-masing untuk memadamkan kebakaran selepas ia terhempas ditaman sebuah kediaman di Kamloops,

“Saya baru sahaja berlari di jalan dan ternampak sebuah pesawat terhempas,” kata seorang saksi di kejiranan Kenny Hinds. – MalaysiaGazette