Troy tidak mahu meletakkan nyawa anak lelakinya berusia 5 bulan dalam risiko dengan kembali ke sesi latihan bersama kelab Watford

LONDON – Troy Deeney tidak mahu mengambil risiko kembali ke sesi latihan Watfrod kerana risau tentang kesihatan anaknya.

Bintang Watford itu berkata, anaknya yang berusia lima bulan menghadapi masalah kesukaran bernafas dan tidak mahu mengambil risiko anaknya dijangkiti Covid-19.

Sejak awal lagi Deeney membantah latihan kelap Liga perdana Inggeris (EPL) disambung semula.

Dia juga menyatakan kerisauan terhadap kecuaian EPL membuat saringan atau imbasan kesihatan untuk etnik minoriti kulit gelap Asia (BAME).

Deeney menetapkan tidak akan mengambil bahagian dalam latihan kelab.

Dia mahu EPL menjawab beberapa soalan mudah berkaitan Covid-19 sambil mempersoalkan tindakan pengurusan liga itu tentang jaminan kesihatan setiap pemain memandangkan kadar kematian dan kes jangkitan Covid-19 meningkat dan kritikal di United Kingdom.

Malahan beberapa pemain lain sependapat dengan Deeney dan menjelaskan setiap pemain berhak untuk tidak menyertai sesi latihan. – MalaysiaGazette