SINGAPURA – Harga minyak meningkat ke paras tertinggi sejak pertengahan Mac di Asia susulan permintaan semakin pulih dan selepas hasil awal vaksin eksperimental koronavirus menunjukkan tanda-tanda kejayaan sekali gus menyemarakkan spekulasi ekonomi akan segera pulih.

Kontrak hadapan New York meningkat 3.4 peratus selepas meraih keuntungan sebanyak 8.1 peratus, semalam.

Penggunaan minyak China adalah sebanyak 13 juta tong sehari, kurang sedikit berbanding paras tahun lepas.

Permintaan di Amerika Syarikat juga dijangka meningkat apabila lebih banyak perintah berkurung ditamatkan.

New York yang merupakan kawasan panas Covid-19 akan membuka wilayah keenamnya hari ini dan menggesa francais-francais sukan utama memulakan semula perlawanan tanpa peminat.

Minyak mentah WTI penghantaran Jun mengakhiri dagangan Isnin pada paras premium buat pertama kali sejak Januari.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast