KUALA LUMPUR – “Jika anda sertai politik untuk menjadi kaya atau membuat ‘duit’, ada banyak lagi kerjaya yang boleh dilakukan untuk tujuan itu.

“Dan, sekiranya anda antara anda yang tertangkap kerana kesalahan rasuah dan salah guna kuasa, kamu juga harus berdepan dengan tindakan serta hukuman mengikut lunas undang-undang.

“Jangan cuba mencari ‘perlindungan’ dengan saya kerana bukan sahaja saya tidak akan layan kerenah kamu sebaliknya saya sendiri mengeluarkan arahan supaya kamu disiasat sebelum dikenakan apa-apa tindakan tegas.

“Saya minta maaf awal-awal di sini lagi, saya tidak akan bantu dan kompromi. Tidak ada maaf bagimu,” itulah antara ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pertemuan dengan timbalan-timbalan menteri selepas pelantikan mereka baru-baru ini.

Kata-kata Muhyiddin itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Edmund Santhara kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Beliau mengulas nasihat Perdana Menteri itu ketika mengulas perkembangan semasa berhubung aduan segelintir pemborong serta peniaga di Pasar Borong Kuala Lumpur dan terdapat unsur-unsur rasuah di dalamnya.

Edmund Santhara teringat kembali kata-kata Perdana Menteri mengenai tugas dan tanggungjawab selepas pelantikan itu amat penting.

“Saya sebenarnya teringat kata-kata Yang Berhormat Perdana Menteri kita. Saya akan cerita mengapa saya memberitahu perkara ini sedangkan soalan yang anda tanya ini sebenarnya isu lain. Sebenarnya ada kaitan.

“Sejak kami di Kementerian Wilayah Persekutuan, iaitu Menteri Tan Sri Annuar Musa dan saya selaku timbalannya mula ‘membersihkan’ kawasan pasar borong KL, hakikatnya kami juga menghadapi pelbagai cabaran.

“Ada segelintir pihak cuba bercakap, berunding dengan kami untuk membenarkan sahaja warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah ini terus bekerja kerana ketiadaan mereka membawa kepada kerugian besar.

“Ada juga mengaku dan mendakwa sudah kerugian sehingga mencecah sehingga RM8 juta setiap minggu.

“Wow, adakah dengan memiliki beberapa plot di pasar borong boleh memberi keuntungan sehingga berjuta-juta setiap minggu? Saya hendak tahu adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) maklum tentang perkara ini?” soalnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Gaji RM100 sehari, pekerja tempatan tak tahan selepas tiga jam

Sambung Edmund Santhara, sebenarnya ada pihak peniaga cuba menggunakan cara ‘halus’ dan taktik tertentu bagi ‘menghalalkan’ kumpulan warga asing itu bekerja berbanding mengambil rakyat tempatan.

“Walaupun tidak ada dokumen, walaupun ada risiko lain membenarkan kumpulan warga asing ini terus menetap bekerja tanpa pengenalan sah, walaupun lubuk rezeki yang sepatutnya menjadi milik rakyat tempatan dirampas.

“Tidak kisah juga andainya ibu kota kita terus dibanjiri jutaan warga asing tanpa tahu apakah latarbelakang mereka, janji yang ‘atas’ ini terus mengaut keuntungan juta-juta, adakah begitu?

“Pastinya, kami tidak akan sesekali tunduk mahupun kompromi. Kerana itu juga kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ini terus berlegar-legar dalam benak fikiran saya. Tidak akan sesekali (berlaku),” tegasnya.

Jelas Edmund Santhara, beliau rasa pelik walaupun dalang pekerja warga asing itu berkemampuan menjana keuntungan  luar biasa namun mereka tidak pernah menaik taraf kelengkapan kepada warga asing yang bekerja di pasar borong itu selama ini.

“Saya bagi contoh, mengapa  mereka tidak beli kemudahan-kemudahan untuk mengangkut barang? Jika di luar negara seperti Jepun dan lain-lain, semuanya sudah canggih.

“Mereka menggunakan forklift dan mesin moden bagi mengangkut dan menolak barangan seperti kotak-kotak, di sini ianya masih lagi manual kerana adanya perkhidmatan ‘teksi manusia’ ini.

“Warga asing khasnya etnik Rohingnya ini tahan lasak, mampu angkat lebih dari 25 kilogram sekalipun manakala rakyat tempatan kemungkinan tidak mampu. Jadi, mengapa peniaga-peniaga enggan melabur beli peralatan canggih yang kosnya hanya ribu-ribu? Tidak fahamlah.

“Mengapa tidak melabur sekurang-kurangnya dalam RM10,000? Sentiasa kekalkan kebersihan dan isu-isu lain,” pertikai Ahli Parlimen Segamat itu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pasar Borong Selayang kini milik warga tempatan

Kata beliau lagi, masa sudah berubah dan kerajaan kini sebenarnya akan berperanan melakukan dengan ‘betul’ apa yang mungkin salah sebelum ini.

“Seperti kata-kata teach elephant to dance, itulah yang saya hendak katakan juga. Ini adalah kerajaan yang memberi garis panduan serta perubahan tepat dalam organisasi besar atau kecil mahupun korporat dalam apa jua perkhidmatan.

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) perlu jalankan siasatan terhadap mana-mana pegawai dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), siasat siapa yang terlibat dalam memberikan kelulusan lesen, penguatkuasaan dan lain-lain berkaitan pasar borong ini.

“Banyak yang perlu diperbetulkan. Saya ambil serius tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya ini, rakyat sedang memerhati sebenarnya.

“Saya ada dengar-dengar, mungkin juga salah maklumat ini, mungkinlah ‘mitos’. Saya dengar ada ‘pihak’ yang diberikan RM500 untuk setiap plot di pasar borong ini. Sebulan sudah berapa jika ada 400 plot? Banyak.

“Saya tidak nampak ada sebarang laporan polis mahupun siasatan SPRM berkaitan dengan isu ini, mungkinlah yang saya dengar itu sekadar ‘mitos’ sahaja biar rakyat yang putuskan,” ujarnya.

Edmund Santhara juga melontarkan pandangan supaya semua pegawai dan penguat kuasa tinggi DBKL supaya membuat deklarasi aset pada masa hadapan.

“Bagi ketua-ketua jabatan, biarlah deklarasi itu menjadi tatapan umum supaya kita dipandang tinggi oleh rakyat, menghormati kita dengan tugas yang digalas,” tegasnya. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

‘Kembalikan’ Pasar Borong KL kepada rakyat Malaysia

12 Komen

  1. Alhamduliah smoga mlysia bebas drpd pendatang asing pati..dan mereka berasa gerum dgn undang2 mlysia yg tegas pada masa hadpan..harap pihak berwajid ikhlas dlm smua hal..insyllah slmat.

  2. Saya sokong kenyataan edmund ini,kerajaan PN perlu tegas.. kerajaan PN adalah kerajaan RAKYAT

  3. Ni br ntl seorg timbalan menteri….bukan nk udi x percaya je kerjanye….benteras PATI benteras rasuah br rakyat respek….ni x asyik menyalak x tentu arah bila kalah….

  4. YB Dato Seri Dr Santhara…Timbalan Menteri Wilayah dan juga Ahli Parlimen Segamat…siapa mengenali beliau…akan tahu bagaimana YB Dato Seri bekerja…komitmen terhadap setiap permasalahan akan diselesaikan…inilah seorang pemimpin…amat disenangi…bukan hanya cakap kosong…tetapi dgn gerak kerja yg sentiasa diupdate utk tatapan umum… Dari semasa ke semasa…YB yg bekerja utk rakyat…

  5. Harap YB dapat percepatkan tranformasi Pasar Borong, kita sudah ada Terminal Bas bertaraf maju, sekarang kita perlu bergerak ke arah memodenkan Pasar Borong.

  6. Undang2 seberat2nya, hukuman/denda, penjara, deklerasi harta, family yg bersangkutan, penjara dari level bawahan hinggalah atasan tanpa memilih bulu dlm semua jabatan baik yg memberi apalagi yg menerima rasuah. Ini mesti dipraktikan dan saya percaya sesiapapun tak berani melakukannya. Ini yg ditekankan oleh Ugama Islam Amal Maaruf Nahi Munkar. Kita tengok dan lihat Insyak Allah barulah MALAYSIA NEGARA KITA INI AKAN MENJADI AMAN DAMAI…. Dan seterusnya menjadi Negara Contoh Teladan Yang Baik Dimata Dunia.

  7. Kalau sungguh, teruskan ketegasan tugas yang digakas, telus dan ikhlas. Jangan bersifat hangat-hangat taik ayam saja. Jangan lupa, pihak kerajaan siasat sekali Dr Mahathir dan anak-anaknya serta Lim Guan Eng yang kaya pelik-pelik tu.

  8. Jika perundangan dibolehkan – teruskan pendakwaan utk akak turi Najib (anak Rosmah) tu. Kerana jumlah yg terlibat bukannya sedikit.

  9. Tahniah PM7… Anda di sayangi rakyat… Perangi rasuah sehabis mngkin.. Jgn bagi muka pada kaki2 rasuah…

  10. Yg ada kes 7 orng tu apa cerita. Berani ke bertahan atsu bertindak atau cakap tak serupa bikin.

  11. Pegawai2 @ Penguatkuasa di semua peringkat di siasat terutama di atas.Menteri @ Tim.Menteri dah bagus, yg menjalankan tugas mesti amanah.Nak bagi makan anak isteri dgn duit rasuah ke ? Tunggulah kesannya pada keluarga kita.

Comments are closed.