WASHINGTON – Johnson & Johnson (J&J) memaklumkan akan berhenti menjual bedal talkum bayi di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada sebahagian daripada penilaian semula portfolio penggunaan produknya berikutan wabak koronavirus.

Konglomerat penjagaan kesihatan AS mengatakan akan menghentikan penjualan produk tersebut, yang membentuk sekitar 0.5% dari perniagaan kesihatan pengguna AS, dalam beberapa bulan akan datang tetapi peruncit akan terus menjual inventori yang ada.

J&J berdepan dengan lebih daripada 16,000 tuntutan undang-undang dari[ada pengguna yang mendakwa produk bedak talkum itu termasuk bedak bayi itu menyebabkan barah.

Majoriti kes di New Jersey masih belum selesai.

Tuntutan tersebut menyatakan bahawa produk bedak talkum syarikat itu telah dicemari dengan asbestos, karsinogen yang diketahui.

J&J secara konsisten mempertahankan keselamatan produk talkum itu dan yakin akan keselamatannya.

Pada bulan April, seorang hakim New Jersey memutuskan bahawa beribu-ribu plaintif yang mendakwa bahawa produk talkum J&J menyebabkan barah dibenarkan meneruskan tuntutan mereka, tetapi menghadapi had testimoni pakar yang akan dibenarkan dalam perbicaraan.

J&J pada bulan Disember mengatakan bahawa ujian yang dijalankan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS tidak menemui asbestos dalam kandungan bedak bayi tersebut.

“Permintaan Johnson’s Baby Powder yang berasaskan talkum di Amerika Utara telah menurun disebabkan sebahagian besarnya oleh perubahan tabiat pengguna dan didorong oleh maklumat yang salah mengenai keselamatan produk dan litigasi pengiklanan,” kata J&J dalam satu kenyataan.

J&J mengatakan bahawa ia akan terus menjual talkum bayi berasaskan tepung jagung di Amerika Utara, juga produk berasaskan tepung jagung dan tepung jagung di pasaran lain di seluruh dunia. – MalaysiaGazette