ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Dengan pasaran ekuiti tempatan yang tidak menentu berikutan pandemik COVID-19, Rakuten Trade Sdn Bhd mencadangkan pelabur untuk kurang memberi tumpuan kepada kaunter yang melibatkan barangan bernilai tinggi seperti hartanah dan kenderaan.

Dalam taklimat media secara maya bertajuk ‘Memasuki Normal Baharu’ hari ini, Ketua Penyelidikan, Kenny Yee menasihatkan pelabur untuk berhati-hati berikutan impak daripada pandemik ini dan magnitudnya kepada ekonomi tempatan masih belum diketahui.

Mengulas mengenai saham perbankan, yang membawa paling banyak wajaran di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), katanya: “Bank masih tidak jelas berikutan tiada siapa tahu impak sebenar daripada kadar faedah rendah dan moratorium selama enam bulan.

“Bagi saya, saya akan melihat kepada bank-bank yang secara tradisional stabil seperti Maybank, Public Bank dan Hong Leong Bank, serta sebab ia diniagakan pada premium berbanding yang lain.”

Yee berkata, prestasi pendapatan bank pada suku pertama tahun ini tidak akan terlalu keterlaluan dan beliau menjangka impak sebenar daripada Cpvid-19 hanya akan dapat dilihat dalam prestasi pendapatan sektor pada dua suku tahun akan datang.

Mengenai prospek, beliau menjangka FBM KLCI akan mengakhiri tahun ini pada 1,400 manakala ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar US, berada antara 4.20-4.25 setiap dolar US dengan peningkatan dihadkan oleh harga minyak mentah yang rendah.

Pada tengah hari ini, FBM KLCI naik 1.42 mata atau 0.10 peratus kepada 1,425.39 daripada 1,423.97 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka tinggi 5.29 mata kepada 1,429.26 dan berada antara 1,420.18 dan 1,430.19 sepanjang sesi awal.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 435 berbanding 377, manakala 378 kaunter tidak berubah, 701 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.81 bilion bernilai RM1.90 bilion. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast