Ketua E-Komersial Digital Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Mohd Aszemi Ibrahim (tengah) bergambar bersama pemandu-pemandu teksi selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Big Blue Capital, Wisma Central, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2020
Ketua E-Komersial Digital Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Mohd Aszemi Ibrahim (tengah) bergambar bersama pemandu-pemandu teksi selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Big Blue Capital, Wisma Central, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Rakyat di negara ini dinasihatkan agar tidak takut untuk menggunakan sebarang perkhidmatan teksi dan e-hailing biarpun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikuatkuasakan.

Presiden Big Blue Capital Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, semua teksi dan kenderaan e-hailing telah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Kita memohon orang ramai jangan takut untuk menggunakan perkhidmatan teksi dan e-hailing walaupun didalam kategori PKPB, sebab majoriti kenderaan-kenderaan akan mengikut SOP yang telah disediakan atau dimaktubkan oleh MKN dan KKM.

“Pemandu-pemandu di bawah Big Blue Capital kebanyakan telah sanitisi kenderaan-kenderaan mereka, pemandu disuruh memakai penutup mulut dan hidung serta sarung tangan malah penumpang sebelum menaiki kenderaan, kita ambil suhu badan penumpang,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Sebelum itu, 50 pemandu teksi Big Blue Capital diraikan dengan bantuan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesemua mereka menerima bantuan makanan berupa beras, minyak masak, dan makanan kering.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail bercakap kepada media secara dalam talian dengan menggunakan 'Skype' di Pejabat Big Blue Capital, Wisma Central, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2020
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail bercakap kepada media secara dalam talian dengan menggunakan ‘Skype’ di Pejabat Big Blue Capital, Wisma Central, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2020

Dalam pada itu, Shamsubahrin berkata industri perkhidmatan teksi akan mengambil masa kira-kira enam hingga lapan bulan untuk kembali normal seperti dahulu.

Bagaimanapun, industri ini telah memulakan oparasinya sejak dua minggu lepas bagi menampung permintaan daripada penumpang.

“Ada beberapa pemandu masih lagi khuatir untuk keluar menjalankan perkhidmatan mereka sebab mereka masih berpegang kepada prinsip keselamatan PKP.

“Operasi di semua terminal-terminal operasi Big Blue terutama KLCC berjalan seperti biasa dan semua pemandu boleh jalan seperti biasa.

“Saya jangkakan industri ini akan mengambil masa kira-kira 6 hingga 8 bulan lagi untuk menaikkan kembali peratusan keuntungan teksi. Pendapatan pemandu terjejas kerana berharap pada pelancong yang datang dan menggunakan pub pengangkutan kami,” katanya lagi. -MalaysiaGazette