Ebit Lew.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew meluahkan hasratnya mahu membuka 10 cawangan pasaraya menjual barangan runcit yang diberi nama Elews Mart.

Menerusi perkongsian di Facebook itu, Ebit memohon doa daripada orang ramai agar hasratnya itu akan tercapai dan semoga menjadi asbab kebaikan.

Perkongsian Ustaz Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong dan menyambut baik hasrat pendakwah itu serta mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

Malah, ramai yang mendoakan semoga pendakwah itu dimurahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai mereka yang kesusahan.

Netizen juga berharap dengan pembukaan pasar raya itu sekaligus dapat memberi banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Ebit sebelum ini dipertikaikan sumbangannya oleh segelintir pihak namun mualaf Cina itu tidak patah semangat untuk terus berbakti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Malah, dia sendiri mendedahkan sumber pendapatannya apabila ada pihak mempersoalkan dari pendakwah itu mendapat duit dan ada yang menuduhnya menggunakan duit derma untuk kepentingan diri.

Seperti diketahui, Ebit mempunyai tiga cawangan restoran dan mempunyai sebuah butik menjual kurta. – MalaysiaGazette