Gambar hiasan

TOKYO – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini, menghampiri keuntungan empat minggu berturut-turut berikutan pemulihan terhadap permintaan minyak selepas kebanyakan negara menarik semula sekatan perjalanan dalam membendung penularan Covid-19.

Harga Brent naik AS$o.14 kepada AS$36.20 setong pada 0040 GMT selepas meraih untung 1% pada hari Khamis.

Kontrak bagi Brent melonjak lebih 10% pada minggu ini.

Manakala West Texas Intermediate juga naik AS$0.05 kepada AS$33.97 setong, melonjak lebih daripada 1% pada sesi akhir.

Penanda aras Amerika Syarikat itu turut berada landasan selepas berlaku lonjakan kira-kira 15% pada minggu ini.

Penarikan semula sekatan perjalanan telah memulihkan permintaan ke atas gasolin selepas berlaku kesesakan di beberapa negara seperti awal tahun ini.

Selain itu, inventori Amerika Syarikat turut menyusut minggu ini, sekali gus mencadangkan lebihan bekalan dalam pasaran tidak berlaku.

OPEC dan Rusia serta sekutu-sekutunya turut menyaksikan penyusutan dalam pengurangan bekalan minyak kira-kira 6 juta tong sehari. – MalaysiaGazette