Jamal Khashoggi. foto Reuters

RIYADH – Keluarga Jamal Khashoggi telah memaafkan sesiapa sahaja yang terlibat dalam pembunuhan wartawan itu, kata Salah Khashoggi menerusi Twitternya.

”Di malam yang penuh barakah, di bulan yang penuh keberkatan ini (di bulan Ramadan) kita mengingati firman Allah: Jika seseorang memaafkan dan membuat pendamaian, pahalanya besar dari Allah”

“Oleh itu kami anak-anak Jamal Khashoggi mengumumkan memberi pengampunan bagi mereka yang membunuh ayah kami, bagi meminta pahala Tuhan yang maha kuasa” tambahnya.

Khashoggi, wartawan akhbar The Washington Post dan penduduk Amerika Syarikat, dibunuh selepas memasuki Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober 2018 bagi mengambil dokumen untuk perkahwinan beliau.

Mayatnya yang dikerat-kerat sehingga kini tidak ditemui. – MalaysiaGazette