Khazanah
Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad meraih sebanyak RM735.7 juta selepas melaksanakan penempatan 172.3 juta saham Telekom Malaysia Berhad (TM) pada harga RM4.27 sesaham.

Harga penempatan saham itu mewakili diskaun sebanyak 3.61 peratus pada harga penutup pasaran RM4.43 pada 21 Mei lalu.

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula portfolio Khazanah.

Hasil itu akan digunakan untuk pelaburan baharu dan kepelbagaian peruntukan aset Khazanah pada masa depan, menurutnya dalam satu kenyataan.

”Dengan permintaan teguh pasaran bagi syarikat-syarikat tempatan yang memiliki asas kukuh, penempatan saham ini membolehkan Khazanah meningkatkan apungan bebas dan daya tarik TM sebagai pelaburan,” ujar sayap pelaburan kerajaan itu.

Khazanah berkata, dana jangka panjang domestik, pelabur institusi asing dan sedia ada mengambil bahagian dalam penempatan saham.

Katanya, pelabur institusi domestik adalah daripada sebahagian besar pembeli.

Penempatan saham adalah penempatan berkaitan telekomunikasi terbesar di Malaysia dan ketiga terbesar di ASEAN setakat ini.

CIMB dan Credit Suisse adalah penaja jamin utama bersama bagi pelaksanaan penempatan saham itu. – MalaysiaGazette