Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu mulai petang ini selepas seorang pegawai yang hadir semasa mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri Rabu lalu disahkan positif Covid-19.

”Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

”Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini,” menurut Pejabat Perdana Menteri.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Menurut kenyataan itu, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Allah swt selamatkan tsmy….dari penyakit berbahaya dan musuh2 berbahaya…seperti lim kit siang mat sabu tun m dan anwar

  2. ni yg sibuk sangat politik puak tun dn ph munafik nak bersidang 14 hari musim covid.jika kena pada MP2 mereka….terus menyalak ini semua salah Najib dan MUhyidin..spt mereka lakukan setelah Menumbangkan kerajaan sendiri

Comments are closed.