Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid

KUALA LUMPUR -Jabatan Audit Negara (JAN) mengesahkan notis yang tersebar mengatakan ketuanya, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid positif Covid-19 dan kini menjalankan rawatan di hospital.

“Memo bertujuan untuk sebaran dalaman dan bukan untuk dikongsi kepada awam,” katanya.

JAN dalam satu kenyataan hari ini berkata, memo dikeluarkan Nik Azman itu hanyalah untuk edaran dalaman bukannya untuk dikongsikan dengan pihak luar.

“Tujuan memo tersebut dikeluarkan adalah bagi memastikan urusan pentadbiran di JAN berjalan dengan lancar sepanjang ketiadaan ketua audit negara,” katanya dalam satu kenyataan.

“Semua kontak rapat telah dimaklum untuk tindakan lanjut. Bangunan di Blok F2, Kompleks F di Presint 1 yang terkesan sudah melalui proses sanitasi dan nyah kuman semalam,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam berkata, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diarah untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari berikutan mesyuarat pasca Kabinet membabitkan pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan JAN. – MalaysiaGazette